TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Showing posts with label berhati-hati. Show all posts
Showing posts with label berhati-hati. Show all posts

Saturday, September 4, 2010

Balik kampung naik motor? - APA KES???

Kes tak dapat tiket bas lah tuuu. Masa tu tahun kedua di Shah Alam. Dengan brutal jer ke Pudu Raya. Orang dah sibuk ambil tiket awal-awal tapi diri berlagak coollah kononnya. Sampai kat Pudu... APA? TIKET HABIS??? Nak naik bas lompat-lompat... dah separuh hari. Ada kawasan yang perkhidmatan basnya tamat jam 6 petang. Sangkut kat mana-mana kang susahhh. Awak bukan ada sanak saudara merata-rata. Nekad... balik semula ke rumah sewa.

Monday, July 26, 2010

Kerbau vs Kerbau pendek - Kenapa kerbau juga yang jadi kata ganti nama???

Ketika berfoya-foya dengan suami tercinta semalam... kelihatan satu eksiden telah berlaku di sebuah kawasan kampung. Walaupun di pinggir bandar.. suasana kekampungan masih terasa. Mungkin kerana bentuk rumah yang masih rumah kampung... jalanraya yang gelap tanpa lampu jalan seperti di bandar-bandar dan juga kehadiran haiwan yang tidak dijangka melintas jalan. Kemalangan selalu terjadi di kawasan ini. Maklumlah... sikap manusia... orang bandar masuk kampung... apa nak dikiranya. Di buatnya macam bandar... nak berdesup laju sesuka hati saja.

Saturday, May 1, 2010

Penunggang motorsikal itu melakukan arobatik di jalanraya - Mujur tiada apa-apa

Pemuda itu berpusing-pusing bersebelahan kereta saya. Bukan menarikan tarian ballet. Apa lagi melakukan gerakan gimrama. Motor yang berdesup laju ketika hujan gerimis bertukar rupa menyebabkan pemuda itu hilang kawalan. Nasib baik dia cekap mengawal motornya daripada jatuh bergolek atau sememangnya dia bernasib baik. Dia tidak jatuh... hanya berpusing-pusing sahaja. Seperti sedang melakukan arobatik.