TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, July 26, 2010

Kerbau vs Kerbau pendek - Kenapa kerbau juga yang jadi kata ganti nama???

Ketika berfoya-foya dengan suami tercinta semalam... kelihatan satu eksiden telah berlaku di sebuah kawasan kampung. Walaupun di pinggir bandar.. suasana kekampungan masih terasa. Mungkin kerana bentuk rumah yang masih rumah kampung... jalanraya yang gelap tanpa lampu jalan seperti di bandar-bandar dan juga kehadiran haiwan yang tidak dijangka melintas jalan. Kemalangan selalu terjadi di kawasan ini. Maklumlah... sikap manusia... orang bandar masuk kampung... apa nak dikiranya. Di buatnya macam bandar... nak berdesup laju sesuka hati saja.

Yang mereka tak ingat atau mungkin tidak ambil tahu adalah kehadiran haiwan yang suka melintas jalan sesuka hati. Yelah... dah namanya pun haiwan. Mana ada akal. Ada dua jenis haiwan yang terlibat. Kadangkala Sang Kerbau dan tidak mustahil juga kehadiran Sang Kerbau Pendek. Kalau kerbau... memang sukar dilihat pada waktu malam. Apalagi dengan warna badannya yang menyerupai kesamaran malam. Bila dah hampir sangat baru ternampak. Masa tu... brek kecemasan pun tak guna. Pasti berdentum punya.

Yang kerbau pendek ni apa pula yer? Apa lagi kalau bukan ba alif ba ya. Kenapalah panggil kerbau pendek yer? Merosakkan bahasa jer. Mungkin nak jaga adab agaknya. Nak sebut secara langsung takut jadi kurang sopan pula. Ehhh... kata ganti nama khinzir kan ada. Mungkin belum serasi dengan orang kampung agaknya. Kalau dengan ba alif ba ya ni lagi susah. Jenis hutan punyalah. Kan tak pasal-pasal kena samak. Kalau amal sikap berhati-hati... mungkin perkara sedemikian dapat dielakkan.

 kena-kena yang posing maut tengah jalan tu.. haru sungguh
sumber gambar: google

Tapi... melanggar babi hutan ni kadangkala memberi rezeki tergolek. Ada jer kaum yang nak beli babi hutan yang kena langgar tu. Bukan sikit-sikit. Boleh cecah ribu-ribu tuuu. Orang kita... kalau nengok duit. Mulalah lupa halal haramnya. Ada yang kata halal jer... ada yang kata... jangan guna untuk makan jer dan ada juga yang kata... sedekah untuk baik jalan ke contohnya... tak mengapa. Wallahua'lam...

Teringat pengalaman seorang rakan sekampung yang berlanggar dengan babi hutan. Hancur berkecai motor Kawasaki yang dibeli tidak sampai tiga minggu. Guna duit haram beli motor... jahanam pun angkara makhluk haram. Nasib baik nyawa panjang... kalau tak? Tak tahulah nak kata apa...