Tidak mahu mengulas panjang isu Kris Dayanti dan buah hatinya Raul Lemos. Sekadar ingin mengatakan Kris Dayanti mewakili segelintir wanita di luar sana. Bezanya... kehidupannya menjadi perhatian jika dibanding dengan orang biasa. Bila bercerita mengenai wanita-wanita 30an yang masih mengejar cinta walau sudah berumahtangga.. ramai juga yang mempertikaikan kebenarannya. Orang dulu kala berkata... kalau tiada angin... masakan pokok bergoyang? Walau kadangkala pokok tidak hanya bergoyang disebabkan angin... namun goyangnya Inul pokok pasti ada puncanya.
Kehidupan saya sedikit sebanyak turut dikelilingi oleh wanita sebegini. Jangan salah sangka dengan mengatakan mereka turut terdiri daripada golongan guru. Kehidupan ini meluas dan tidak semestinya hidup kita hanya bersama rakan sejawat sahaja. Namun... kenapa saya sering mempertikai perkara sebegini adalah disebabkan saya sebagai seorang guru yang sentiasa mengenang nasib anak-anak yang mungkin atau bukan anak murid saya. Bagaimana anak-anak ini menghadapi kehidupan dengan kepincangan keluarga yang wujud angkara ibu sendiri. Abaikan sikap bapa untuk topik kali ini.
Saya tidak faham kenapa wanita lingkungan 30an lebih mengutamakan pencarian cinta daripada anak sendiri? Kenapa kebanyakkan mereka hanya mementingkan kekosongan jiwa sendiri berbanding jiwa anak mereka? Di manakah terletaknya kasih sayang mereka sebagai seorang ibu? Berapa banyak yang dilihat lebih suka menghabiskan masa dengan buah hati tersayang berbanding mengulangkaji pelajaran bersama anak masing-masing? Bila anak memberontak... anak-anak dituduh tidak faham kegelisahan hati ibu tetapi... sebagai ibu tidakkah mereka juga cuba faham kehendak hati anak-anak.
adakah kehadiran anak belum cukup untuk mengisi kekosongan jiwa?
sumber; Google
Itu belum diambilkira sikap berpeleseran ibu tersebut. Ada seorang anak murid saya... yang masa itu baru berumur 9 tahun melahirkan perasaan benci pada ibunya. Katanya... dia tidak ingin jadi seperti ibunya. Yang berpeleseran di depan matanya dan sanggup meninggalkannya dengan nenek demi cinta ibunya pada seorang lelaki bukan warganegara Malaysia. Apa yang diketahui oleh anak ini? Namun... tanpa disedari sebenarnya... sikap ibunya turut mempengaruhi sikapnya. Dia dilihat lebih matang dari usianya dan turut menjadikan cinta sebagai pengisi ruang kosong dalam hidupnya. Resahnya hati saya sebagai seorang guru jika ada manusia yang akan mengambil kesempatan di atas kekekurangan anak ini.
Ada juga wanita-wanita sebegini yang masih belum mepunyai harta. Belum mempunyai gaji tetap dan kadangkala turut bergantung hidup kepada orang lain samaada saudara mara atau masyarakat sekeliling. Namun... kesedaran masih belum timbul. Kesusahan yang dirasai oleh anak bersama dalam menempuh hidup belum cukup mengajar wanita sebegini mencari cinta. Mngkin bagi mereka sebegini... cinta itulah yang akan membahagiakan mereka suatu hari nanti walaupun pada akhirnya mereka selalu kecundang. Sememangnya... tanpa mereka sedari... lelaki yang mendampingi mereka selalunya tidak mahu serius dalam perhubungan kerana apa yang dicari pada wanita yang tidak bertanggungjawab pada anak sendiri?
Cinta bila-bila boleh hadir dan kadangkala hadir tanpa dijangka tapi anak-anak... masa dengannya hanya sekali sahaja. Melihat mereka membesar dengan masa depan yang sempurna takkan boleh berulang. Sekalipun anak itu bukan dari kasih sayangmu bersama suami terdahulu tetapi kenyataannya... dia tetap anak kandungmu. Darah kamu mengalir dalamnya. Jangan sampai suatu hari cinta yang dicari tidak kunjung pasti dan anakmu pula menjauhkan diri. Tinggal sebatang kara sewaktu tua nanti pasti memedihkan hati.