Tahukah kamu apa itu barah kelawar? Barah kelawar adalah sejenis ketumbuhan yang berbiji atau berbenjol yang tumbuh pada bahagian bawah ketiak. Ada pendapat yang mengatakan ketumbuhan jenis ini tidak merbahaya tetapi dalam beberapa kes tidak mustahil untuk ia bertukar menjadi sel kanser. Tidak banyak maklumat yang dapat diperolehi tentang barah kelawar ini namun ada beberapa inisiatif yang boleh diambil bagi memulih semula keadaan. Namun... keberkesanannya masih belum dapat dipastikan.
sekadar gambar hiasan
sumber; google
Ada juga barah kelawar yang bertindak menjadi payudara ketiga. Bagaimana pula? Ini kerana... apabila payudara asal membengkak terutama dalam proses penghasilan susu badan, barah kelawar ini juga turut membengkak. Kelenjar susu yang bersambung antara satu sama lain menyebabkan barah kelawar ini turut bertindak sebagai payudara. Yang membezakan ialah tiada kehadiran aerola pada barah kelawar ini dan pengeluaran susu badan tidak akan berlaku di kawasan ini. Pengidap juga menghadapi kesakitan seperti sakitnya bengkak susu di bahagian ini.
Penyambungan kelenjar susu menjadikan barah kelawar ini turut berisiko menjadi kanser untuk pengidap kanser payudara. Ini menyebabkan sel barah kelawar ini turut perlu dibuang jika dijangkiti. Namun demikian.. kesannya samaada baik atau buruknya adalah seperti penyakit kanser yang sedia ada. Sekiranya kamu menghadapi tanda-tanda kehadiran barah kelawar, adalah lebih elok kamu mendapat pengesahan dari pihak doktor. Pada waktu biasa... benjolan tidak tidak mendatang sebarang kesakitan cuma kelihatan seperti kulit bengkak yang melendut.
soksek2: Entri ini ditulis berdasarkan pengalaman sekeliling dan penerangan yang diberi oleh doktor. Sekiranya terdapat sebarang kesalahan fakta, ianya amat dikesali.