Salam buat pengunjung blog Semekar Kasih. Hari Rabu yang memenatkan dengan mood yang tidak menyenangkan. Malas untuk bercerita pasal mood yang akan menambahkan kepada kecelaruan mood sahaja. Apa kata kita berkongsi tips hari ini. Siap ada part 1 lagi. Mungkinkah ada part 2,3 dan seterusnya? Atau mungkin hanya kemungkinan...
sumber google
Bila berbicara tentang tips melupakan kenangan silam... pastinya ianya melibatkan kenagan yang tidak ingin dikenang lagi. Pengalaman pahit contohnya... pengalaman yang menyakitkan hati. Buat apa disimpan? Takut bakal membara dan bernanah semula. Yang sakit hati sendiri. Orang yang menyakiti kadangkala tidak tahu apa-apa pun. Dari mendera diri... jom kita ketahui bagaimanakah caranya untuk melupakan kenangan silam.
1. Fokus kepada masa depan - Merenung masa depan adalah sesuatu yang sukar untuk dibayangkan. Siapa yang dapat mengetahui ketentuan hidup? Namun... dengan adanya fokus kita dapat membayangkan kehidupan yang lebih ceria. Pejamkan mata dan khayalkan sebuah keindahan hidup. Paling kurang ia menjadi target yang perlu kita capai suatu hari nanti dan sedikit sebanyak senyum kepuasan akan terhasil di wajah.
2. Selalulah beristighfar dan memaafkan orang lain - Bukankah kemaafan itu dendam yang terindah? Biarlah kemaafan itu sampai hilang parutnya. Mencarut seumur hidup tidak mendatangkan sebarang hasil. Berbaliklah pada ajaran Islam... beristighfar itu adalah sebaik-baiknya.
3. Bersungguh-sungguh menyingkirkannya - Buat bersungguh-sungguh. Semua terletak pada hati. Jangan biarkan sebesar kuman kenangan itu wujud.
4. Banyakkan bersolat - Kembalilah kepadaNYA. Hanya dengan Allah tempat kita mengadu. Perbanyakkan doa. Jika kehidupan lalu dipenuhi dosa dan noda... bertaubatlah dengan sesungguhnya.
5. Berdamping dengan orang yang lebih berjaya, beriman atau lebih baik - Belajar bagaimana mereka menempuh hidup. Berkongsilah ilmu yang mereka ada untuk memperbaiki diri
Memang mudah untuk berkata-kata tapi sukar untuk dilaksana. Gunakan akal dan tanya pada hati. Jika kebahagiaan yang kita impikan... insyaallah ia menjadi milik kita. Jika penderitaan yang ditetapkan... sengsaralah kita selama-lamanya. Keputusan di tangan sendiri.