Memisahkan tempat tidur anak-anak adalah aturan Islam. Agama Islam telah menyediakan garis panduan hidup untuk kita ikuti demi kebaikan bersama. Akan tetapi... ketentuan ini banyak dilupakan atau dipandang ringan oleh kebanyakkan masyarakat kini. Akhirnya... terjadilah hal-hal yang tidak senonoh dan tidak diingini.
"Perintahkan anak-anak kamu menunaikan sembahyang, apabila mereka telah mencapai usia tujuh tahun. Bila telah mencapai usia sepuluh tahun belum juga mahu menunaikan sembahyang, bolehlah dipukul (dalam batas-batas sebagai tindakan mendidik) dan pisahkan tempat tidur mereka" (Diriwayatkan oleh ABu Dawud)
Perintah Rasullah s.a.w. kepada umatnya supaya memisahkan tempat tidur anak-anak menunjukkan betapa besar dan murninya prinsip-prinsip ajaran Islam. Perkara ini turut diakui oleh para cendiakawan yang terlibat dalam bidang kedoktoran dan seks di mana dalam kajian mereka turut mengakui banyak keburukan yang diperolehi jika tempat tidur anak tidak dipisahkan apabila tiba masanya.
Pengasingan tempat tidur anak-anak tidak hanya melibatkan pengasingan di antara anak dan ibu bapa tetapi turut mengambilkira pengasingan anak yang berlainan jantina. Anak-anak yang tidur bersama di suatu tempat tidur, walaupun telah disusun secara rapi, mereka tetap akan bersentuhan badan. Keadaan tersebut... sedikit sebanyak mendorong nafsu seks anak-anak. Persentuhan kulit di antara jantina yang berlainan sememangnya memberi perasaan semacam yang mengasyikkan dan sukar dilupakan. Ditambah pula dengan sifat semulajadi anak-anak yang suka mengetahui perkara baru menjadi perkara ini (perasaan bersentuhan) akan terus dikaji dan bimbang akan merosakkan diri anak- anak jika keseronokan yang tidak bertempat ini menjadi pilihan. Ini belum lagi dengan persoalan seks yang wujud dalam diri anak-anak samaada dari pembelajaran secara tidak langsung atau pengalaman yang pernah mereka rasai.
sekadar gambar hiasan
sumber:handrifter.blogspot.com
Walaupun ada ibubapa yang mengata persoalan seks tidak mungkin akan wujud dalam diri anak-anak yang berusia tiga tahun kebawah... namun...masalah anak yang masih kecil ini bergantung pada sikap ibu bapa mereka pula. Berhubungan seks yang dilakukan dalam keadaan anak tidur bersama amatlah membahayakan. Walaupun suasana bilik dalam keadaan gelap dan anak telah diyakini lena selena-lenanya namun... tidak mustahil anak akan tersedar dan merasa cemas dan gelisah bila mendengar suara-suara tertentu di dalam keadaan yang gelap. Hal ini mempengaruhi jiwa dan emosi anak-anak dalam proses pembesarannya.
Mengkaji masalah sosial masa kini seperti hubungan seks luar nikah dan rogol... sememangnya perkara memisahkan tempat tidur anak-anak ini memainkan peranan yang besar. Bila dilihat latarbelakang mereka yang terlibat... kebanyakkannya datang dari kehidupan keluarga yang sempit... yang hidupnya berhimpit-himpit dan pastinya memberi jawapan kepada punca masalah. Namun begitu... kedaifan atau kemiskinan bukanlah alasan untuk kita mengabaikan apa yang disyariatkan. Sememangnya... pendidikan awal itu permula dari rumah.
sumber artikel: bacaan