Prihatin... merupakan satu perkataan yang sering dilaung-laungkan namun sejauh manakah kita benar-benar memahami dengan apa yang dimaksudkan dengan prihatin? Ada pendapat mengatakan... kemungkinan perkataan prihatin terhasil daripada perkataan perih batin yang kalau diamati bermaksud... kita turut merasai kesan yang berlaku jika tidak ditangani secara bijak.
Hidup harus prihatin. Prihatin membawa pengertian mengerti dengan segala keadaan dan keperluan hidup yang membawa diri untuk bersikap arif dan bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Bermaksud... prihatin bukanlah hanya melaung-laungkan kata-kata sebaliknya turut disertai dengan tindakan bagi mengatasi apa yang yang diperhatikan.
Dalam aspek kekeluargaan contohnya, seorang anak itu merasa simpati melihat ibunya bersusah payah menguruskan urusan rumahtangga. Simpati yang dilahirkan belum cukup menunjukkan sikap prihatin dalam diri sebaliknya perlu disertai dengan tindakan membantu ibu melaksanakan tugasnya agar beban ibu tadi dapat dikurangi. Dengan ini... wujudlah sikap prihatin dalam diri anak tadi.
Untuk menjadi prihatin tidaklah semudah yang disangka. Ada 5 perkara yang harus wujud dalam diri agar prihatin itu hadir dalam ertikata yang sebenar. Perkara tersebut ialah...
sekadar gambar hiasan
sumber: google
1. Bersihkan hati - Sentiasalah berfikiran positif walaupun menghadapi suasana yang buruk.2. Berusaha - Akan cuba melakukan yang terbaik agar sama-sama dapat manfaatnya3. Tulus dan ikhlas - Tidak mengharapkan sebarang balasan dan ganjaran4. Menghilangkan sifat keakuan - Tidak mementingkan diri sendiri atau ego5. Bersyukur - Menyedari setiap insan itu tidak sama ujiannya
Semoga kita dapat menghasilkan generasi pelapis yang prihatin terhadap diri sendiri, masyarakat dan alam sekeliling. Selalulah beringat... menunaikan fardu kifayah juga wajib. Jika tiada siapa yang tampil membantu... kesannya akan dirasai oleh kita bersama.
soksek: Kena berucap di Perhimpunan Rasmi pagi Isnin (esok).