TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, July 25, 2010

Bergelar seorang guru - Akur dan pasrah

Orang selalu kata... kalau kita kata sesuatu itu mudah... mudahlah jadinya. Kalau kata susah... susahlah jadinya. Pokok pangkal pada hati. Tapi.. mungkin tidak pada seorang guru. Bagaimana meletakkan semua perkara pada hatinya bila apa yang dilakukan diperhatikan atas gelaran yang dibawa? Cara berkomunikasi, berpakaian, perhubungan, mimik muka, tingkahlaku dan segala-galanya. Sedikit terlajak walaupun belum terpijak... tunggu masa untuk dicemuh.

Memang geram pada mereka yang membawa gelaran guru tetapi tidak tahu memelihara gelaran tersebut. Tapi... guru juga manusia biasa. Yang tidak lepas dari melakukan kesalahan. Populariti guru kadangkala mengalahkan artis. Akhbar pasti laris jika title guru yang menjadi tajuk utama. Mungkin juga kenyataannya guru adalah pelakon yang terbaik. Masakan tidak... dalam mengawal diri untuk menyampaikan ilmu... kadangkala segalanya memerlukan lakonan. Contoh... kadangkala tidaklah marah sangat pada anak murid... tetapi berlagak terlalu marah supaya anak murid tidak naik ekor. Adakah sikap seperti ini juga dikatakan hipokrit?

Guru perlu menjaga segala-galanya. Nak mencarut juga kena beradab atau yang paling baik... guru jangan mencarut. Nak berkata kena jelas supaya isi tidak dipesongkan. Janganlah berlagak untuk mereka mencari yang tersirat kerana silap-silap menjadi perangkap pada diri sendiri. Penulisan juga perlu beretika. Tak cukup ilmu atau sekadar nak meluah pendapat kosong adalah dilarang sama sekali. Nanti dikatakan guru yang tidak berilmu. Padahal... ilmu guru itu kadangkala skopnya satu... bukanlah meluas seperti jangkaan masyarakat.

Paling memualkan... bila bergaduh atau bertekak... diri dibidas dengan kata-kata... nama jer cikgu... tapi kurang ajar atau segala-gala ayat yang menyakitkan hati. Padahal... yang memulakan bukan datang dari pihak sendiri. Apakah guru tidak layak untuk pertahan diri? Atau mungkin perlukan kaedah tolenrasi sentiasa... mengalah bukan bererti kalah... namun bukan semuanya boleh dipertahankan dengan cara demikian. Kesimpulannya... perlu akur dan pasrahkah?