TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, May 1, 2010

Penunggang motorsikal itu melakukan arobatik di jalanraya - Mujur tiada apa-apa

Pemuda itu berpusing-pusing bersebelahan kereta saya. Bukan menarikan tarian ballet. Apa lagi melakukan gerakan gimrama. Motor yang berdesup laju ketika hujan gerimis bertukar rupa menyebabkan pemuda itu hilang kawalan. Nasib baik dia cekap mengawal motornya daripada jatuh bergolek atau sememangnya dia bernasib baik. Dia tidak jatuh... hanya berpusing-pusing sahaja. Seperti sedang melakukan arobatik.

Mujur juga kereta di belakangnya tidak berdesup laju dan memandu dari jarak yang selamat. Sempat menekan brek dan berhenti betul-betul dihadapannya yang sedang pening-pening  lalat. Kalau tidak... hari ini mungkin menjadi hari yang malang baginya. Baru dapat lesen agaknya kerana lambang P masih tertera di motornya. Jiwa pun masih muda. Bukan masanya nak menunjukkan skill di dalam hujan lebat. Mujur tak rebah.

Peringatan kepada pengguna jalanraya dan diri saya juga. Bila hujan melanda.. berhati-hatilah. Jangan memandu sesuka rasa. Untuk pemandu kenderaan beroda empat atau lebih... berikan sedikit simpati kepada kenderaan beroda dua. Kesian mereka yang sudah basuh kuyup ditimpa dek hujan... kadangkala bertambah lenjun dek percikan air secara tiba membasahi badan dan muka akibat tersimbah air takungan. Bukan semuanya mempunyai rezeki untuk mempunyai kenderaan roda empat. Bertimbang rasa amalan mulia.

jangan kita bersikap begini... 
(gambar google)