Baru balik shopping. Saya suka shopping. Bila pegang beg shopping kiri kanan... rasa hilang jer semua masalah. Melayang macam melayang duit yang dihulur pada cashier tapi tak kisahhh... janji hati puas. Hari ni giliran mak abah pula. Dulu... mereka yang belikan baju raya kita. Sekarang... tiba masa kita belikan baju raya mereka. Melihat telatah mak abah... rasa mahu jer menitis airmata ni. Memang berbeza sangattt.
Bila kenang masa saya atau mungkin juga kita masa kecil-kecil dahulu... kemain seronok bila mak abah belikan baju raya. Sana sini dibelek... melompat-lompat kat pasaraya tu. Nak baju macam tu... nak fesyen macam niii. Tak terfikir pun dalam hati kita sama ada abah ada budget atau tak untuk penuhi permintaan kita. Yang kita tahu... main tunjuk jer. Bila permintaan dipenuhi... muka ada senyum... kalau tidak... muka masan mencuka dengan muncung panjang sedepa.
Bila tiba giliran mereka (ibubapa) lain pula ceritanya. Dibelek-beleknya baju tu lama-lama. Tengok harga. Asyik tanya tak mahal ke ni... takde diskaun ke... jom ler cari yang lagi murah... macam-macam ayat yang taknak menyusahkan kita. Bila dah dapat sepasang... takda minta yang lain. Kita tengok dia dok belek-belek baju yang lain pula. Bila nampak ekor mata kita meleret... cepat-cepat diletak baju tuuu sedangkan bukan kita nak marah. Bila ditanya... abah nak ke? Takdalah... abah tengok jer... sepasang udah le... sedangkan, bila kita terlepas pandang... balik dibeleknyer baju tuuu.
Baju melayu pilihan abah.. anak-anak nak belikan light orange tapi abah dok belek yang ni...
ikut sahaja kehendak abah..
Kita dah besar panjang.... bukannya tak faham. Berkeinginanlah tu tapi taknak menyusahkan kita. Sekali sekali berhabisan untuk mak abah... takda masalah. Bila dibeli lebih daripada satu... dah tak berani nak belek baju lain. Takut agaknya. Kang dia belek kita beli... dia belek kita beli. Hakikatnya... itulah tujuan kita bawa mak abah shopping sama.
Bila dalam kereta dan dah jauh sikit dari kedai barulah buka cerita. Baju itu cantik... baju ni cantik. Baju lama abah dah koyak... sampai terdiam kita jadinya. Memang bezakan sikap anak dengan ibubapa? Masa di kedai.. bertembung dengan kawan-kawan... punyalah semangat mereka bercerita... anak-anak bawa shopping baju raya. Nada bangga tu tak tergambarkan macam kita beli rumah sebiji untuk mereka pula.
Memang tak terbalas jasa mak abah. Setakat mengembirakan mereka sempena hari yang mulia yang bakal berkunjung tidak sama apa yang pernah mereka lakukan untuk diri kita. Terasa menyesal dengan sikap dulu yang menyakitkan atau menyusahkan hati mereka. Mak abah adalah idola saya dalam mendidik anak-anak dan kadangkala saya rasa saya tidak cukup kuat menjadi seperti mereka dalam mendidik anak-anak saya. Semoga mak abah dapat hidup gembira dengan hasil didikan mereka dulu... SAYANG MAK DAN ABAH.