TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Monday, September 6, 2010

Mengaruttt!!! - Memang mengarut!

Hari ini saya ditugaskan untuk memantau kelas tambahan sains tahun 6. Kehadiran? Cukup memberangsangkan. Satu pertiga  dari keseluruhan murid tahun 6 yang hadir. Alhamdulillah. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan. Kumpulan yang lebih kecil supaya mudah dipantau oleh guru dan dibimbing secara individu. Walaupun terpaksa membebel terlebih dahulu... berleter mengingatkan murid tujuan sebenar kelas tambahan tapi kelas tetap berjalan dengan lancar. Maklumlah... murid-murid ni... niatnya selalu lari. Nak datang kelas tambahan tapi bila dah jumpa kawan-kawan... mulut tak habis-habis nak bersembang.

Saturday, July 10, 2010

Guess buat offer sehingga 60% - Nak beli pun fikir 300 kali...

Memang fikir berkali-kali. Bukan kerana harganya tetapi kerana kualitinya. Bila dok belek-belek terasa teringin nak sambar satu. Kena pula handbag yang ada dah mula mengelupas kulit luarannya. Saya ni, kalau pakai handbag satu jer. Yang tulah dipakai sampai jahanam. Baru nak beli yang lain. Tak reti ada handbag bebanyak. Kalau tukar-tukar sana sini nanti... ada jer barang yang tertinggal dalam beg yang lain. Jalan selamat... guna satu jer.

Saturday, May 8, 2010

Gambar-gambar yang sesuai untuk tontonan umum - Boleh jer layannn

Tanpa rasa bersalah jer meletakkan tajuk tersebut... Betul ape... Entri kali ni banyak gambar peribadi yang terhasil dari webcam laptop lalu mewujudkan gambaran yang tidak memuaskan hati. Menunggu duit tabung nuffnang untuk membeli kamera tercanggih di dunia. Nak wat camne.. duit yang ada... kamera cabuk pun tak lepas lagi.