Hari ini saya ditugaskan untuk memantau kelas tambahan sains tahun 6. Kehadiran? Cukup memberangsangkan. Satu pertiga dari keseluruhan murid tahun 6 yang hadir. Alhamdulillah. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan. Kumpulan yang lebih kecil supaya mudah dipantau oleh guru dan dibimbing secara individu. Walaupun terpaksa membebel terlebih dahulu... berleter mengingatkan murid tujuan sebenar kelas tambahan tapi kelas tetap berjalan dengan lancar. Maklumlah... murid-murid ni... niatnya selalu lari. Nak datang kelas tambahan tapi bila dah jumpa kawan-kawan... mulut tak habis-habis nak bersembang.
Tapi... bukan ini cerita mengarut yang ingin disampaikan. Ikhlas menjalankan kewajipan dan takda masalah untuk mengorbankan sehari cuti demi anak murid tercinta. Kesian pada murid-murid? Lebih kesian kalau mereka duduk di rumah tak buat apa-apa. Walaupun pihak sekolah telah menyediakan jadual ulangkaji di rumah bersama bahan yang dibekalkan siap.... jangan berharap sangat yang semua murid akan mendisiplinkan diri untuk mengikuti jadual yang ada. Yang mengarut tiada kaiatan langsung dengan kelas tambahan ini.
Selepas habis kelas tambahan... saya mengambil kesempatan untuk berfoya-foya di Pekan Ipoh. Baju raya mak belum beli lagi. Susah nak match dengan baju raya abah yang warna kuning air tuuu. Melilau-lilaulah saya di Greentown Nova yang terkenal dengan kedai bajunya. Ingatkan hari Isnin orang tak ramai. Mak oooiii... berduyun-duyun juga. Nasib baik senang dapat tempat parking. Rezekilah tuuu. Dari satu kedai ke satu kedai saya masuk mencari baju yang sesuai. Alamakkk... harganya... memang mengarut! Mencecah beratus-ratus dan kemudian beri diskaun sekian-sekian. Hasilnya... lebih mahal dari harga yang asal juga. Mencekik darah betul! Mentang-mentanglah dah minggu terakhir... mana ada jualan murah? Jualan CEKIK DARAH adalahhh...
Bayangkanlah... harga untuk baju kurung biasa pun dah seratus... belum masuk yang ranggi atau ada manik/ batu kristal sana-sini. Layan pelanggan pun macam nak taknak jer. Maklumlah... kita taknak banyak lagi pelanggan lain yang menunggu. Demand sungguh! Sebenarnya... tak kisah sangat pasal harga kalau berbaloi dengan kualiti tapi memang tak berbaloi. Harga asal tanpa perayaan adalah lebih murah sebenar. Hasilnya... setelah dua jam berada di sana dan masuk hampir kesemua kedai... saya pulang dengan tangan kosong!
kalau yang begini.. harganya jangan ceritalah..
sekadar gambar hiasan: google
Mungkin Ipoh tak sama dengan Kuala Lumpur atau tempat-tempat lain. Harga baju di sini memang tak berbaloi. Pernah shopping di Plaza Angsana Johor dan saya terkejut bila melihat harga baju di butiknya lebih murah berbanding dengan harga baju di kedai tepi jalan yang berada di Ipoh. Tah pasal apa ler kat Ipoh ni mahal sangat? Mengarut sungguh!