Memang fikir berkali-kali. Bukan kerana harganya tetapi kerana kualitinya. Bila dok belek-belek terasa teringin nak sambar satu. Kena pula handbag yang ada dah mula mengelupas kulit luarannya. Saya ni, kalau pakai handbag satu jer. Yang tulah dipakai sampai jahanam. Baru nak beli yang lain. Tak reti ada handbag bebanyak. Kalau tukar-tukar sana sini nanti... ada jer barang yang tertinggal dalam beg yang lain. Jalan selamat... guna satu jer.
