Memang fikir berkali-kali. Bukan kerana harganya tetapi kerana kualitinya. Bila dok belek-belek terasa teringin nak sambar satu. Kena pula handbag yang ada dah mula mengelupas kulit luarannya. Saya ni, kalau pakai handbag satu jer. Yang tulah dipakai sampai jahanam. Baru nak beli yang lain. Tak reti ada handbag bebanyak. Kalau tukar-tukar sana sini nanti... ada jer barang yang tertinggal dalam beg yang lain. Jalan selamat... guna satu jer.
Dalam offer hingga 60% tu.. paling kurang... harga lepas offer tak dapat bawah RM100. Kira mahallah kan. Kena pula tak pakai setahun dah jahanam. Orang macam saya... memang rasa ralat kalau jadi camtu. Bukan senang nak keluarkan RM100++ untuk satu handbag. Ramai dah komplen pasal kualiti Guess ni. Guess tiruan yang kat pasar malam tu pun lebih tahan lama. Blogger kita... nOj pun ada mengalami pengalaman yang sama di SINI.
kebanyakkan handbag Guess ni.. designnyer macam rugged gitu.. kalau yang jenis feminin.. susah sikit nak cari...
(sumber gambar: google)
(sumber gambar: google)
Tadi saya ambil le kesempatan bertanya kepada prometer tu... kenapa handbag Guess jadi begitu. Dia pun terkial-kial nak jawab. Agaknya Guess hanya mahal atas nama... bukan pasal kualitinya. Jam dia pun sama sebab adik saya pernah beli satu dahulu. Pakai setahun jer rasanya... pastu jadi apa dah tak tahu. Kadang-kadang... orang biasa macam kita ni pakai beg mahal pun orang kata murah. Yang orang kaya.. pakai barangan murah pun orang ingat mahal. Tanggapan manusia... tapi... PERLUKAH DI AMBIL KIRA?