Apahal lah pula Si Samsul Yusof Haslam ni nak jadi samseng. Habis penuh tatoo di badan. Muka pun hampir tak kenal dah. Ingat samseng manalah yang sesat tadi. Rupanya semua gara-gara filem baru dia. Tajuk??? Masih dalam pembikinan...
sumber gambar: Skycrewz.net
Kalau nengok gambar... macam samseng tak samseng jer. Tak tahu pula bila tengok lakonan nampak ganas pula. Terus terang cakaplah... lakonan Samsul yang terdahulu tak berapa menjadi. Ateee... apanya idak... dialah pelakon... dialah pengarah. Kena pula filem aksi. Bukan senang nak kawal tuuu. Tak tahulah pula kalau kali ni watak samseng tu sesuai dengan jiwanya.
Nak berlakon jadi samseng mesti penuh tatoo dan pakai rantai kat badan ke? Memang imej samseng begitu ke? Kalau Sarip Dol samseng Kampung Dusun tuuu.. takdelah pula semua tu. Mungkin ini samseng alaf baru. Kalau samseng yang zaman akan datang pula... bagaimanakah agaknya imejnya?