TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, July 10, 2010

Demi mencari rezeki - Ulat dalam batu pun boleh hidup

Jiran berdekatan rumah saya ni kebanyakannya surirumahtangga. Bila tidak bekerja... rezekinya mungkin lebih pada bilangan anak. Kehidupan di pinggir bandaraya... paling tidak, mesti terasa dengan kos hidup yang semakin meninggi. Ramai yang mencari alternatif... menggunakan kelebihan diri yang ada untuk menampung kos hidup. Nak bergantung harap pada suami pun... kalau yang okey tu.. alhamdulillah. Kalau yang tak okey?


Gambar kuih yang jiran sedekahkan kepada saya. Tengok tuuu... macam-macam kuih ada. Terfikir dalam hati... dan lagi dia nak siapkan macam-macam jenis kuih ni. Bukan setakat niaga pagi... petang pun niaga. Dengan nak melayan anak lagi. Sayangnya dia hanya mampu hantar kuih pada orang lain. Nak berniaga sendiri... banyak pula masalah peribadi yang lain.

Saya akui kuihnya memang sedap. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Setakat kuih donut tu... lebih saya gemari daripada kuih donut di Big Apple tu. Gebu gila. Cekodok tu pun... bukannya jenis yang ada soda  lebih. Kadang-kadang... bila pihak sekolah ada jamuan, saya ambil kesempatan membuat tempahan. Berbaloi. Kalau jiran-jiran yang beli terus di rumah... selalunya dia bagi harga yang dia tolak pada kedai kuih.

Kalau orang kata susah nak cari kerja kat Malaysia ni... rasa nak gantung jer orang tu kat kipas. Macam-macam jenis kerja yang ada. Samaada nak atau taknak sahaja. Kalau nak berniaga sekalipun... biarlah ada kemahiran terlebih dahulu. Jangan dengar cerita orang buat bisnes untung juta-juta... kita pun nak join sama. Orang ada modal buat niaga... kita berhutang untuk buat modal. Risiko tinggi... kalau rugi jangan menepuk dahi. Apa salahnya kecil-kecilan dahulu... macam ada jiran yang lain kat sini... niaga nasi lemak saja dah boleh besarkan rumah dah. Rezeki Allah ada di mana kata Encik Zulkbo dalam dalam entrinya.