TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, July 9, 2010

Saya menulis bukan kerana n@m@n - Opppsss... jadi cikgu tak semesti kena skema

Tersedak pula Cikgu Naman di hari Jumaat yang mulia ni. Bila seseorang bertanya tentang nama sebenar di formspring... ohhh.. soalan senang tapi sukar dijawab. Tumpang tagline Cikgu Naman... jadi cikgu tak semestinya kena skema. Haaa... kalau nak cari pakar add maths... Cikgu Namanlah orangnya. kamu boleh bertanyakan soalan add maths pada Cikgu Naman. Tentu jawapan yang diberi tidak menghampakan.


Dua perkataan, tujuh huruf diikuti satu tanda soalan. Nama apa yang harus dinyatakan? Cukuplah mengenali saya dengan nama Cikgu Isza. Kenapa perlu Cikgu di depan nama? Penat-penat tau belajar kat maktab nak dapat gelaran tuuu.. buat apa di buang? Kalau suka panggil Cikgu... boleh saja. Kalau tak suka... panggil Isza pun tak mengapa.

Ustaz kata... sukukata pertama membawa makna cahaya... disambung dengan dua huruf dibelakangnya bermaksud cahaya apa. Sukukata terakhir tiada makna... bila disatukan semua... Cahaya Hartaku jadinya...