Tersedak-sedak Mat Gebu kita. Tak habis-habis namanya menjadi mainan di bibir. Maklumlah... blog masakan Mat Gebu tu memang meletop. Kalau Mat tak update blog... bukan dia yang demam... peminat-peminat dia termasuk saya ni yang demam. Bila dah update mengigil-gigil lak nengok sebab tak tahan godaan masakannya yang menyelerakan. Perut kenyang pun boleh lapar balikkk.
Ni nak cerita pasal Mat Salai lak. Adaa kaitan dengan Mat Gebu juga. Dua-dua Mat ni sinonim dengan makanan lah. Kalau perhubungan darah tu tak tahu lah pula. Mana tahu.. bila buat jejak kasih... bersaudara rupanya deme ni. Siapa pula Mat Salai ni? Bukan sebarangan orang juga. Kalau kat Ipoh ni... namanya dah mula meniti di bibir peminat-peminat burger. Boleh kalahkan Mc Donald tau. Siap ada laman web lagi.
Saya dah cuba try test makan burger Mat Salai ni. Macam prosperity burger tuuu. Lepas ni.. tahulah mana nak dapatkan burger yang pure dagingnya. Ini pun sebab kawan-kawan heboh burger ni sedap. Tu yang sambar 4 biji tuuu.
Kalau layan gambar makanan dalam blog ni... haramnyer nampak menyelerakan. Pakai webcam.. macam tu lah kualiti gambar. Ni gambar burger yang dapat di google...
Nampak macam dah femes jer burger Mat Salai ni. Memang dah femes ke atau saya yang ketinggalan?