TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, May 8, 2010

Gambar-gambar yang sesuai untuk tontonan umum - Boleh jer layannn

Tanpa rasa bersalah jer meletakkan tajuk tersebut... Betul ape... Entri kali ni banyak gambar peribadi yang terhasil dari webcam laptop lalu mewujudkan gambaran yang tidak memuaskan hati. Menunggu duit tabung nuffnang untuk membeli kamera tercanggih di dunia. Nak wat camne.. duit yang ada... kamera cabuk pun tak lepas lagi.

Balik  selepas memantau pertandingan kawad kaki yang pihak sekolah sertai. Kecewa... pasukan sekolah gagal memenangi mana-mana ranking terbaik. Bertambah kecewa bila yang menang bukan sebaik yang kita jangkakan. Seperti menjadi mangsa keadaan. Menjadi pasukan pertama membuat persembahan menyebab juri pada masa itu masih fresh dan sangat strict. Memujuk anak murid untuk memahami adat pertandingan. Kesian kan.. bebudak ni lurus.. kalau dia tahu mana terbaik mana mungkin dia nak faham hakikat pertandingan.

Selepas pertandingan, dengan rasa tak sedar diri mengambil kesempatan pergi ke Jaya Jusco. Ada bebrapa benda yang ter aim dalam kepala. Nak tahu? Sila perhatikan gambar di bawah dengan teliti...

beli jeruk pelam... puashati sungguh kali ini.. mengandung dulu-dulu tak suka makan benda masam... kali niii terasa nikmatnya... yum yum..

pencicahnyer... asam masam manis.. sedap gituuu..

hadiah hari guru untuk guru kelas Along dan guru kesayangannya. Jenuh juga bila Along nak dua... Beli yang sama dan serupa...

hadiah untuk cikgu-cikgu lain yang mengajar Along.. 10 botol saya kebas...

kertas warna-warni... Along nak buat sendiri kad untuk cikgu-cikgunya..

set alat tulis.. ibu tumpang sekaki.. benda-benda ni dah lama habis.. muka tak malu asyik pinjam orang punya jer..

bekas pensel untuk yang kali ke berapanyer.. tiap kali beli jer.. cepat beno jahanam..

sempat singgah ke sini dan mengebas 3 jenis kek.. gambar? kek dah masuk perut daaa.. cari kat google jer..

Masih ada hajat yang belum tertunai.. handbag idaman mak tercinta. Tadi takde yang berkenan. Esok ajak suami temankan ke pasaraya yang lain pula.