TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, May 8, 2010

PROMO MINGGU PPDa 2010... JOM benci DADAH...

Curi info dari blog PPDa sekolah. Jangan saman arrr Cikgu Faizal. Sekadar menyebarkan maklumat...


Ohhh.. minggu PPDa bakal berlangsung. Salah satu objektifnya ialah mendedahkan kepada murid akibat penggunaan dadah apabila disalahgunakan. Aktiviti ini hanya untuk murid-murid di SKTD sahaja. Tidak terbuka untuk orang luar. Kalau sesiapa yang berminat untuk sponsor hadiah.. amatlah di alu-alukan.

Talent Time - Cikgu boleh ke tunjuk bakat atau anak murid jer?

Cakap Apa sahaja - biar patut-patut.. takut menyimpang pula nanti..

Pameran Anti Dadah - Suka yang ni.. banyak info yang diperolehi.. dapat tengok jenis dadah life pun ader..

Senamrobik - Takleh join... huhuhu

Info 5 minit - Cikgu atau anak murid akan bacakan di awal pagi sebelum persekolahan bermula

Ceramah - Harap-harap murid mendapat sesuatu dari ceramah ini

Pertandingan melukis dan mewarna - Selalunya sayalah yang jadi hakimnya

Tahun lepas, kelas 5Z telah memenangi pertandingan Sudut PPDa di dalam kelas untuk tahap 2 dan guru kelasnya ialah saya. Memang murid-murid tu yang buat semuanya. Saya cuma pantau jer. Ilmu mereka tentang ini juga amat mendalam kerana mereka dapat menjawab soalan dengan baik apabila ditanya oleh pihak juri. Cikgu bangga dengan kamu semua. Sijil kemenangan kelas cikgu simpan buat kenangan yer...