Saya memang ketinggalan bab-bab perkembangan dunia artis. Tak kisahlah samaada dalam bidang lakonan atau nyanyian. Sekarang ni... ramai yang sibuk melayan drama melayu di televisyen. Nur Kasihlah... Adamayalah... slot Akasialah... dan macam-macam lagi... dan jangan tak tahu saya tak pernah pun menonton cerita tersebut. Bukan tak teringin... nak juga tengok bila orang heboh sana sini... tapi apakan daya... hero-hero niii dah jajah tv tu... asyik kartun jerrr.
Kalau tanya saya cerita kartun banyak yang saya tahu. Anak murid pun sampai tertanya-tanya... cikgu pun tengok kartun juga? Saya sendiri pun memang minat nonton cerita kartun dan kartun kegemaran saya ialah Detective Conan. Jenuh jugalah menunggu si Conan tu nak kembali ke keadaan asal. Panjang beno cerita bersirinya. Along suka melayan kartun yang berbentuk ilmiah seperti Word World dan adik pula suka kartun yang berbentuk action seperti Ben10.
tah bila nak besar balik si Conan ni tah...
(sumber google)
Kalaulah saya kenal artis tu.. memang dia betul-betul glamerlah... tak kisahlah glamer kerana cerita hotnya atau kerana kehebatan lakonannya. Macam Tiz Zakiyah (betul ke eja nama dia ni?)... saya kenal sebab kontroversi peribadi yang berbeza dari lakonan dengan keadaa diri yang sebenarnya. Artis yang saya minat dulu-dulu ialah Sofia Jane. Dia ni memang betul-betul berbakat. Orangnya pun cantik. Keputusannya untuk lebih mengutamakan keluarga dari kerjaya amat saya kagumi. Begitu juga Erra Fazira. Sayangnya Erra tak terlalu memilih watak sehingga kadangkala lakonannya hampir membunuh kariernya.
Sofia Jane
(gambar google)
Pelakon lelaki? Setakat Samsul anak Datuk Yusof Haslam dan farid Kamil yang menjadi kegilaan anak gadis zaman kini saya tahu juga. Adakah saya ketinggalan sekiranya tidak mengambil tahu perkembangan dunia hiburan artis tempatan atau luar negara? Anda pula bagaimana?