Memantau pertandingan kawad kaki di sebuah sekolah menengah hari ini, Saya masih belum berginjak dari rumah. Ahhh.. sabar-sabarlah. Kalau ikutkan saya sudah minta kebenaran untuk tidak turut serta kerana keadaan saya. Hati manusia memang susah nak jangkakan? Pergi jer lah sambil berdoa tiada apa-apa yang berlaku.
Pihak sekolah minta saya naik bas sekolah. Jangan memandu sendiri kerana keadaan kesihatan saya. Masalahnya.. jarak ke sekolah ke tempat pertandingan sama saja. Saya fikir.. lebih baik saya pergi sendiri. Doakan sekolah saya memperolehi kemenangan. berbulan-bulan budak tu berlatih. Tiap-tiap minggu cikgu-cikgu datang latih. Yang terbaik untuk mereka.