Tersedak-sedak abang Burn kita namanya disebut-sebut. Oppsss... jangan marah yer abang Bakar. Raya bakal berkunjung tak lama jer lagi. Mari kita bermaaf-maafan yer. Bercerita tentang lemang yang dalam pembuatan melalui proses pembakaran. Pelbagai cara yang dapat diperhatikan. Paling tak tahan bila tengok orang yang bisnes lemang. Memang dibakarnya sungguh-sungguh lemang tuuu. Berkepul-kepul asap hitam memenuhi ruang tepi jalan. Mahu rentung sebelah bang oiii.
Menyiapkan lemang memerlukan kesabaran yang cukup tinggi. Seperti sabarnya kita menjalankan ibadah puasa. Walaupun bahan asasnya pulut cukup mudah dicari tapi dalam mencari buluh (bukan buat meriam buluh), daun pisang (orang kampung takda masalah), santan (santan habissss) bukannya mudah. Nak bakar pula bukan boleh sebarang bakar. Kena senget sedikit, api tak boleh kuat atau perlahan, kena perhatikan api sentiasa, kena alih-alih batang buluh tu... dan yang paling penting... mahu berjanggut menunggu kerana mengambil masa yang lama.
Saya sukakan lemang yang comel-comel seperti saya (tersipu-sipu). Saya tak suka lemang yang garing (itu sebab saya anti orang yang bakar lemang sesungguh hatinya). Kalau bahagian lemak yang atas tu... tengok keadaan juga... ada yang suka ada yang tidak... maklumlah ..jelaga pun banyak berkumpul di situ.
Sempena Hari Raya yang bakal berkunjung tidak lama lagi... saya juga ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap yang saya lakukan sepanjang saya berblog. Terima kasih buat kamu yang setia memberi sokongan kepada saya. Saya tiada siapa di sini.. hanya kamu, kamu dan kamu. Saya datang dengan zero dan masih belajar mengenali dunia maya. Pengunjung blog inilah yang memeriahkan SEMEKAR KASIH. Maaf jika ada yang hadir tapi saya terlepas pandang. Saya hanya insan biasa..
SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA...Semoga hubungan terjalin mesra selamanya...Terimalah ini penganti diri...
bukan sesaja jer nak cerita pasal lemang...
cuba mencari simbolik di sebaliknya..
cuba mencari simbolik di sebaliknya..