TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, September 9, 2010

Tak Buat apa-apa...

Tajuk yang tepat!
Dalam ramai insan yang sibuk menyiapkan persiapan raya...
Saya tak buat apa-apa...
Tak tukar langsir..
Tak tukar sarung kusyen..
Tak buat kuih..
Tak buat ketupat...
Tak buat rendang...
tapi... tak buat bodoh juga...
Ngeee...

Kesihatan tak mengizinkan...
Mana boleh panjat-panjat gantung langsir...
Mana boleh buat kerja lebih-lebih nak tukar sarung kusyen walaupun Along rajin menolong...
Dulu kuih raya semua buat sendiri tapi tahun ni... tunjuk ajer...
Ketupat pun tak nampak sarung...
Nak ngadap ayam pun rasa loya... mana nak masak rendang?
Taknaklah buat bodoh... tak kuasa gitu...

Kenapa rasa hambar yer?
Gara-gara kencing manislah ni...
Jenuhlah lepas ni...
demi sebuah pengorbanan...