TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, September 9, 2010

Bonda tercinta diserang darah tinggi sehari sebelum raya- Apalah yang difikirkannya?

Mak di bawa ke hospital dalam jam 6.30 pagi tadi. Elok-elok bangun... terduduk kata abah. Lepas tu mak mengadu ada yang kena. Abah maklumkan melalui sms. Lepas beberapa jam... saya menelefon abah kembali. Alhamdulillah... tak kena tahan wad. Kalau tak... beraya di hospitallah mak. Tinggi bpnya... sampai 200. Mahu pengsan jadinya.

"Mak fikir apa mak... sampai tinggi sangat darah tuu...", saya bertanya.

"Tak cukup tidur kot... asyik pedih ulu hati ni... tidur pun tak lena", ujar mak.

Gastrik mak memang teruk. Kalu tak kena gaya sampai sakit perut yang teramat dan muntah-muntah. Kalau masuk yang ni... dah tiga kali mak diserang gastrik yang begitu. Itu alasan mak kenapa darahnya naik.

"Ye ke... ke mak dok kenang abang yang pertama kali tak balik beraya tahun ni?", usik saya.

Memang nampak macam kejam bertanya begitu tapi saya adalah saya. Tak suka selindung-selindung. Anak sulung lelaki mak iaitu adik lelaki saya yang pertama tak balik beraya tahun ni. Giliran orang Johor dulu. Tak mengapalah. Mereka tinggal di Perak. Bila raya... biarlah di sana. Esok-esok gili-gilirlah pula.

hanya kad yang di tag dalam facebook penganti diri...
 
Mak dengan abang (panggilan untuk adik lelaki saya)... kalau dekat selalu bergaduh dan tak sependapat. Tapi... kalau berjauhan... rindunya tak tertahan-tahan. Maklumlah... bukan senang nak dapatkan abang dan nak membesarkannya. Banyak sangat penyakitnya. Abah pun sanggup berhenti merokok hanya kerana abang. Sampai begitu sekali. Saya pun selalu bergaduh dengan abang. Bila geram... saya panggil dia 'budak sawan' dan akan dibalas dengan ayat 'ada kakak pun tak guna'.

Ragam sebuah keluarga... carik2 bulu ayam bercantum juga.