TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, September 10, 2010

Kuih H.A.P.A.K

Bukan nama sejenis kuih. Janganlah ada orang yang menjadikan H.A.P.A.K sebagai nama kuih resepi baru. Haruuu... 

Bercerita tentang kuih tunjuk-tunjuk. Kuih yang saya beli. Kononnya belilah yang mahal sikit. Maklumlah.. yang murah-murah tu kadangkala rasanya sepesen ajer. Kuih yang ada jenama. Kalau sebut brandnya... ramai yang tahu. Terkenal dengan biskut rayanya. N _ _ _ _ _ _ Bakkery. Beli jenama melayu dengan jaminan halalnya. Maklumlah.. biskut ni ada yang dibuat oleh bukan melayu. Kena hati-hati juga. Tapi... dah jadi cerita lain pula...

Tengok tarikh tamat tempoh tahun 2011 tapi kuihnya dah rasa hapak. Lidah saya ni... memang sensitif. Setakat nak gajikan saya untuk menilai sesuatu makanan... pasti tak rugi. Beli dua jenis. Biskut nestum dengan biskut marmar ke apa... apasal le dah hapak rasanya?

sekadar gambar hiasan : google

Geramlah juga kan. Bukan takda kuih yang ditempah tapi... dah habis dikerjakan oleh anak soleh dua orang ni. Deme nak makan... takkan nak halang. Tu pasal beli kuih tunjuk-tunjuk ni. Tanggung jer lah risikonya. Memang ada yang kata.. kuih tunjuk-tunjuk ni... ada yang tahun lepas punya stok. Hrmmm... macam-macam. Orang niaga dia nak niaga... dah ada jenama buat cincai-cincai pula. Niaga makanan tuuu... jangan lupa dosa pahala. Manusia... macam-macam...