TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, September 10, 2010

Dah menyalak dahhh... - Aaaaa auuuuwwww

Selalunya... tiap-tiap tahun... lepas takbir bergema... menyalak sakanlah sang anjing dengan bunyi yang aaaaauwwww gitu. Faham-faham jerlah kan. Tahun ni... takda pula. Suasana pun rasa aman jer sikit. Tempat dah sedikit pulih kot... maklumlah... dulu mula-mula tinggal... asalnya kawasan hutan. Bila dah ramai penduduk dan kebanyakannya beragama Islam... sedikit sebanyak beransur pergilah 'ia'. Baru jer nak buat entri pasal ni... dah... dah start menyalak dah si anjing tuuuu tapi... takdalah sesakan tahun-tahun lepas. Siap bersahut-sahut dan ada bunyi berkejaran-kejaran gitu. Diganggu? Alhamdulillah... setakat ni tak pernah lagi...

Jiran depan rumah... kiri... kanan... semuanya balik kampung. Saya sekeluarga tak pernah tidur rumah mak siapa-siapa malam raya. Balik jengah muka sekejap... pastu tidur kat rumah sendiri. Senang... takyah gaduh-gaduh. Esok... raya rumah mak saya dulu sebab dekat... lepas tu berkonvoi ke rumah mak mertua. Pergi berkunjung ke belah sanak saudara suami dulu sebab sanak saudara saya jauh-jauh belaka. Tiap-tiap tahun begitu. Rutin biasa dan saling memahami.

 syhhhh... kalau nampak diam-diam sudahhhh..
gambar google

Dah senyap pun anjing ni... janganlah sambung lagi hendaknya...
Aaaaauuuwww...