Hanya mampu berkunjung ke rumah sanak saudara yang terdekat. Awal pagi tadi aktiviti bersalaman dengan suami dan anak-anak memohon kemaafan. Tersentuh dengan ayat adik bila dia memohon maaf daripada Along..
"Adik minta maaf Along... adik tak pukul Along dahhh". Tahu pula dia yang dia suka menyakat Along dia. Adik lebih aktif daripada Along. Celik mata jer... mesti melompat-lompat. Diamnya bila tidur jer.
Penyakit mak menyerang kembali jam 4.00 pagi tadi jadi mak tidak kemana-mana raya ni. Ajak ke hospital... taknak. Makan ubat tahan sakit jer dia. Kalau ikutkan... ubat tahan sakit tu boleh beri kesan pada penyakit pedih ulu hati tu. Penyakit lagi satu okey.. penyakit lain pula. Saya syorkan emak ke Ipoh Specialist Centre. Bukan tak percaya dengan hospital kerajaan... tapi banyak lagi pesakit lain yang harus diutamakan. Kalau ke Ipoh Specialist Centre... lebihlah sedikit layanan tuuu. Selalunya... memang berkesan sikit.
Ke rumah mak mertua. "Maaf mak... tahun ni tak buka puasa kat sini pun... '' ujar saya. Risau jugalah kalau mak mertua terasa... maklumlah.. tinggalkan kat kawasan Ipoh. 30 minit dah sampai tapi tak jenguk muka. Nasib baik mak mertua faham yang kesihatan saya tak mengizinkan.
Ke rumah sanak saudara yang berhampiran. Kepala saya pun asyik rasa berputar-putar jer. Terlebih makan lemang kot? Anak-anak dah mula tidur dalam kereta. Suami pun ajak balik rumah rehatkan badan. Petang sat gi sambung balik beraya. Sian tengok suami yang letihhh... malam raya semalam pun dia kerja lagi. Memang dia tak cukup rehat. Biarlah dia rehatkan badan dia sebentar.
Ada orang boleh paksa badan raya sakan... nampaknya saya tak mampu... TEMPOH BERTENANG..
Ini gambar raya tahun lepas di Kuala Kangsar.
Cuba teka... mana saya?