Kanak-kanaklah insan yang paling bergembira di hari raya. Anak-anak saya tidak tahu beraya untuk mengutip duit raya kerana saya tidak mendidik mereka begitu. Orang tak bagi mereka tak kata apa-apa... kalau bagi mereka dididik untuk berterima kasih. Mereka hanya tahu... beraya adalah berkunjung ke rumah sanak saudara, bermaaf-maafan dan makan kuih raya. Bila dapat duit raya... laju jer mereka beri pada saya. Kalau saya tak ambil... terjerit-jeritlah bising suruh simpan.