Mengambil keputusan ke Hospital Pantai Puteri. Mengetahui jantinanya bukan niat utama... sekadar ingin mengetahui bagaimana keadaannya dalam kandungan ini. Sihatkah? Apa yang sedang dilakukannya di alam yang penuh misteri... RAHIM IBU.
Showing posts with label akaun Giro untuk anak-anak. Show all posts
Showing posts with label akaun Giro untuk anak-anak. Show all posts
Tuesday, November 2, 2010
Wednesday, September 15, 2010
Duit syiling
Tak pernah dibuat rumah saya diserbu oleh kanak-kanak pada hari raya kelima. Tak putus-putus pula tuuu. Lepas satu group... group yang lain pula. Bukan kanak-kanak yang tinggal di taman ni. Tah dari mana taman pun. Jauh tu beraya. Ada yang kecil... ada yang besar. Anak dara.. anak teruna. Hishhh.. bebudak ni.. beraya tu rayalah juga tapi jangan lupa jaga keselamatan. Hati-hati di jalanraya dan sebarang bahaya yang tidak dijangka. Otak ni kadangkala berfikiran jahat juga. Bayangkanlah... dalam seronok-seronok beraya tuuu.. kena tahan tengah jalan ke.. kena culik ke.. peras ugut ke... maklumlah.. poket masing-masing tengah kembung. Kalaulah ada yang ambil kesempatan...
Monday, September 13, 2010
Duit raya anak-anak - Hehehe...
Kanak-kanaklah insan yang paling bergembira di hari raya. Anak-anak saya tidak tahu beraya untuk mengutip duit raya kerana saya tidak mendidik mereka begitu. Orang tak bagi mereka tak kata apa-apa... kalau bagi mereka dididik untuk berterima kasih. Mereka hanya tahu... beraya adalah berkunjung ke rumah sanak saudara, bermaaf-maafan dan makan kuih raya. Bila dapat duit raya... laju jer mereka beri pada saya. Kalau saya tak ambil... terjerit-jeritlah bising suruh simpan.
Label:
akaun Giro untuk anak-anak,
BSN,
diri,
duit raya,
kisah hari raya,
personal
Subscribe to:
Posts (Atom)
