TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, September 13, 2010

Duit raya anak-anak - Hehehe...

Kanak-kanaklah insan yang paling bergembira di hari raya. Anak-anak saya tidak tahu beraya untuk mengutip duit raya kerana saya tidak mendidik mereka begitu. Orang tak bagi mereka tak kata apa-apa... kalau bagi mereka dididik untuk berterima kasih. Mereka hanya tahu... beraya adalah berkunjung ke rumah sanak saudara, bermaaf-maafan dan makan kuih raya. Bila dapat duit raya... laju jer mereka beri pada saya. Kalau saya tak ambil... terjerit-jeritlah bising suruh simpan.

Alhamdulillah... rezeki mereka tetap ada. Kalau campur dengan duit nuffnang yang pertama kali saya perolehi... dapatlah saya beli kamera yang saya idamkan tuuu. Hehehe. Habislah... siapa suruh bagi duit raya kat ibu... kan ibu dah joli sakan. Namun... belum sampai hati menjadi ibu yang kejam. Hak anak-anak... tetap milik mereka. Oleh kerana Along dah 7 tahun maka saya mengambil keputusan untuk melakukan ini untuk Along...

Buka akaun GIRO. Kemain gembira lagi Along kerana sambil simpan duit... sambil dapat saguhati dari BSN

Cop jari Along yang pertama... lihat tarikh tu... bukti...

Tak buka akaun untuk adik kerana adik masih tak cukup umur. Kalau buka... adik tak dapat kelebihan macam Along. Takpa... satu akaun kongsi dua. Nanti... bila adik dah cukup umur... buka akaun untuk dia pula. Adik ada perancangan lain. Oleh kerana adik ni tinggi melonjong... basikal yang ada dah tak sesuai untuk adik. Maka... adik akan beli basikal baru. Dah bincang dengan Along... Along pun dah setuju. Lagi pun... kecil-kecil dulu dulu Along dah beli motor yang bermotor tuuu. Kalau dikira... lagi mahal motor Along tuuu kalau nak banding dengan basikal adik niii.

Nampaknya adik dah tak sabar nak beli basikal baru. Terlompat-lompat depan laptop ni... ajak pergi kedai basikal. Apa lagi yang mengembirakan hati seorang ibu selain mengembirakan hati anak-anaknya. Semoga mereka membesar menjadi anak yang soleh. AMinnnn~