Mengambil keputusan ke Hospital Pantai Puteri. Mengetahui jantinanya bukan niat utama... sekadar ingin mengetahui bagaimana keadaannya dalam kandungan ini. Sihatkah? Apa yang sedang dilakukannya di alam yang penuh misteri... RAHIM IBU.
baby boleh dilihat dengan lebih jelas dengan 4D scan..
gambar: google
Di Hospital Pantai Puteri... scan boleh dilihat secara 4 dimensi. Bukan rezeki bila anak yang dikandung pemalu rupanya. Berada dalam posisi mengepit... mukanya terlindung dek tangannya dan kaki juga tertutup rapat. Penuh dirinya sahaja dalam rahim ni. Kandungan 30 minggu dah macam 33 minggu. Doktor nasihatkan saya supaya benar-benar mengawal kandungan gula dalam darah supaya baby tak terlebih beratnya. Kalau tidak... perutku akan menjadi mangsa sekali lagi.
Bila doktor mengatakan kerandutnya boleh dilihat... automatik saya tertawa. Kalau lelaki lagi... boleh buat team KRU jawabnya. Tapi doktor tak dapat memberikan kepastian 100% kerana baby berada dalam posisi mengepit cuma yang dapat doktor nyatakan... memang kelihatan seperti kerandut pada alat kelaminnya.
soksek2: Lelaki atau perempuan... doa saya janganlah saya dibedah sekali lagi...