Siapakah golongan itu?
Pastinya tidak lain dan tidak bukan...
CIKGU..
Siapa yang berani menidakkan?
Bercerita tentang kad raya yang diberi oleh anak murid ni kadangkala kelakar juga. Jangan tak tahu... tak kira apa jenis kad raya... asal bagi jer. Untuk sahabat ada, untuk kekasih pun ada. Yang menyentuh hati... ayat-ayat kemaafan yang dipinta. Walaupun markah penulisan kadangkala cukup-cukup makan tetapi... semangat dan ketulusan hati murid tuu... boleh menyebabkan airmata ini menitis...
Selalunya... saya akan balas kad raya ini dengan duit raya dan duit raya akan diberi pada hari terakhir persekolahan (sebelum cuti raya). Kalau bagi awal-awal... nampak sangat ada murid yang tak ikhlas bagi kad raya semata-mata nak duit raya tuuu. Bebudak pun dah pandai mata duitan tauuu.Tapi... lumrahkan.. namanya bebudak...
Seperti setiap tahun.. sebelum cuti raya pihak sekolah akan mengadakan aktiviti bermaaf-maafan pada waktu akhir. Oleh kerana kengkangan masa... tahun ni tak sempat pula. Namun... masih ramai murid yang sanggup balik lewat mencari guru-gurunya untuk bermaaf-maafan.
soksek2: Kepada nak-anak di luar sana... raya-raya juga... jangan lupa JAGA KESELAMATAN...