Pernah diintai?
Mengintai?
Selalunya bila disebut tentang diintai atau mengintai kita lebih terbayangkan perangai yang gatal.
google
Teringat pengalaman diintai ala-ala sweet gitu. Waktu zaman anak dara dulu. Bila bergelar anak dara.. memang ramai yang suka mengintai berbanding bila dah jadi mak dara. Bukannya bila dah jadi mak dara saham dah turun tapi.. nak cari penyakit? Tak pasal-pasal lebam biji mata dicop oleh suami mak dara.
Bila bergelar anak dara dan berstatus guru... faham-faham jer lah. Ditenang... ditenung... dek orang kampung adalah perkara biasa. Alkisahnya adalah seorang anak teruna yang sedang mencari bakal isteri. Dihebah dek orang kampung kehadiran diri ini.
Oleh kerana sang teruna pulang ke kampung sekali sekali maka dia belum pernah bertembung dengan anak dara yang dihebah-hebahkan tu. Maka terbitlah rancangan untuk mengintai anak dara tadi. Disebalik pokok.. ditepi sawah.. tempat laluan anak dara ke sekolah.
Bila hati dah berkenan maka rombongan merisik diutuskan. Bila jodoh dah tiada apa nak dipanjangkan cerita? Orang tua.. alasan tolakan penuh kiasan. Yang punya diri? Akak tak kisah...
Manis jer teringat kenangan dulu.
soksek2: Kenapa asal tumbuh ketumbit kat mata orang kata mengintai orang yang sedang melepas? Takde kerja tuuu..
soksek2: Kenapa asal tumbuh ketumbit kat mata orang kata mengintai orang yang sedang melepas? Takde kerja tuuu..