Diam tak diam dah sebulan lebih. Rasa baru semalam jer saya disahkan mengandung. Kelmarin (Isnin), Muaazin ke klinik untuk pemeriksaan dan mendapat suntikan.
Setakat ni... anak soleh ni tak banyak ragam pun. Alhamdulillah. Kena-kena pula abahnya selalu outstation. Macam faham-faham jer.
Semoga Muhammad Muaazin membesar menjadi anak yang soleh. Seindah namanya sebegitulah harapan ibu ingin mendengar suaranya bergema mengalunkan azan. Mudah-mudahan...