Wednesday, January 26, 2011

Khasiat air inai


Minum air inai? Sebut pun dah rasa tak sanggup meminumnya. Kalau bab pakai inai tu memang saya suka. Masa anak dara dulu.. sayalah yang jadi tukang tumbuk inai dan pakaikan kepada bakal pengantin.
google

Jiran saya mengesyorkan saya untuk minum air inai pada hari 41, 42 dan 43 berpantang. Kalau nak.. dia sanggup menyediakannya. Saya ingatkan daun inai yang direbus dan kemudian airnya diminum tapi rupa-rupanya inai tu ditumbuk untuk mendapatkan airnya. Rasanya? Jiran saya kata.. tahan jelahhh.  

Oleh sebab saya berhenti mengambil jamu bersalin buat seketika, saya pun bersetuju untuk minum air inai. Dengar kata air inai ni banyak khasiatnya. Antaranya..

- melegakan sakit perut
- memanaskan badan
- menaikan seri wajah
- merawat masalah keputihan dan haid berlebihan

Orang lelaki pun boleh tumpang sekaki untuk menikmati khasiat air inai ni. Untuk orang lelaki, air inai ini dapat merawat masalah sakit tuan seperti ejakulasi tidak terkawal. 
Nak sihat punya pasal.. minum jelah. Bukan selalu pun...