Takdalah se'blue' mana pun tapi masih kategori 'blue' bagi anak kecil. Biasalah.. bila nonton cerita omputih.. adegan gitu-gitu mesti tak terkecuali. Nak taknak.. anak kecil yang seronok dok tengok adegan aksi(lawan-lawan) tadi... tertengoklah pula aksi-aksi yang tak sepatutnya dilihat.
Itulah kenangan masa saya kecil dulu. Bukan semua rumah ada video. Jadi.. pakcik yang seorang ni buat bisnes. Sesiapa yang nak tengok cerita sekian-sekian dicajkan bayaran sekian-sekian. Saya dan rakan-rakan sebaya pun apalagi... terujalah.. kena-kena cerita yang nak ditayang tu memang nak tengok sangat-sangat. Kalau taknak tengok pun.. pandai jer pakcik tu 'jerk' bagitau cerita ni best giler. Orang bisnes...
Bila tiba adegan 'blue' tu... pakcik tu siap pesan supaya kami tutup mata sebelah. Tah apa rasional tutup mata sebelah pun tak tahu. Yang pasti.. masih nampaklah kan. Tapi rasanya... masa tu masih tak tahu apa-apa. Takda perasaan.. kosong jer. Malu idak.. fikir apa idak. Mungkin itu agaknya penangan tutup mata sebelah tuuu...
Zaman sekarang pula.. bukan setakat tutup mata sebelah... siap tersembul biji mata tuuu...