TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, November 7, 2010

Kenapa perempuan yang merokok di pandang keji erk?

Macam tak sesuai jer nak tulis perkataan 'keji' kat tajuk tu tapi.. itulah hakikat. Kalau lelaki merokok orang tak berapa kisah malah ada kalanya dipandang macho. Jangan tak tahu.. memang ada orang perempuan yang sukakan lelaki yang merokok kerana bagi mereka itu lambang kejantanan kelakian.

gambar hiasan: google

Lain cerita pula bila orang perempuan merokok. Sebaik mana perempuan tu.. kalau orang tahu dia merokok... mesti ramai yang mencemuh. Macam biasalah... buruk yang satu tu yang akan dicanang-canang sehingga menghilangkan semua kebaikan yang ada pada perempuan tu. Adakah perempuan merokok tu jahat atau perempuan jahat jer yang merokok?

Kalau ikutkan merokok memanglah tak elok tapi pilihan untuk merokok terletak di tangan sendiri. Kalau orang lelaki merokok takdalah digelar dengan gelaran bukan-bukan tapi bila perempuan... paling-paling di panggil betina. Macam tak adil jer bunyinya...

Apa-apa pun entri ni bukanlah nak menyokong perempuan yang merokok. Merokok memberi risiko yang lebih pada orang perempuan. Orang kata.. paling senang... kalau taknak dicemuh... JANGAN MEROKOK!

Bila orang cemuh... kita marah tapi siapa yang membuka peluang cemuhan tersebut?

Apa-apa pun... saya nak tahu juga.. kenapa perempuan yang merokok di pandang keji erk?