Balik dari sekolah tadi saya dan anak-anak ke Giant untuk menjamu selera. Anak-anak dah lapar... jadi.. cari jalan segera (alasan malas masak). Waktu buka pintu untuk anak-anak (pintu belakang tidak automatik)... tetiba meluru seorang pemuda (walaupun sebenarnya tak muda lagi dah) dan menyapa saya... 'Hai Cikgu!'. Nasib baik saya tak tergamam beku pada masa itu juga. Ehhh... kekasih lama.
Kenapa dipanggil cinta monyet? mungkin anda boleh temui jawapannya pada tuan punya gambar ini...
klik SINI
Cinta monyet. Bercinta masa zaman sekolah dahulu (masa tu suami baru nak tenang-tenang). Ohhhh... dia kelihatan sedikit berisi (tak sedar yang diri sendiri yang lebih berisi). Menyapa antara satu sama lain. Dia masih tidak berubah. Masih kalut seperti dahulu. Bertanya perkembangan masing-masing buat seketika dan dia sempat bertanyakan tentang suami kerana mereka saling mengenali (sekampung).
Perpisahan kami dahulu secara baik. Bila masing-masing menyedari cinta monyet tidak membawa erti kepada cinta sejati. Tiada pergaduhan... tiada airmata. Buat apa bermusuh? Bila sedar tiada cinta sejati di hati... kenapa nak bertahan atas sesuatu yang tidak pasti? Bila dewasa... dia terlebih dahulu bertemu jodoh dengan seorang janda. Saya pula... meneruskan cita-cita dan buat jual mahal pada sesiapa yang ingin mengoda.
Kisah lama.... kadangkala tidak sampai terkenang-kenang. Hadir kerana tak sengaja. Seperti pertemuan ini. Tetapi... itu semua tidak mengimbau kembali detik-detik manis yang pernah dilalui bersama. Sejarah... simpan ia dalam lipatan kenangan. Sudah ada buku baru. Yang ada di genggaman yang perlu di jaga dan dibelai daripada membuka lipatan yang kadangkala boleh membawa kepada penyesatan buat sesetengah insan.