TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, July 2, 2010

Liga Remaja Kreatif - Jalur Lebar Untuk 1Malaysia

Kamu masih muda remaja? Kamu juga remaja yang kreatif? Jom sertai Pertandingan Liga remaja Kreatif! Tonjolkan daya kreativiti kamu dengan saluran yang betul. Biarlah masa remaja kamu ditinggalkan dengan sesuatu yang manis untuk diingati dan bakal menjadi sejarah kebanggaan yang boleh diceritakan kepada anak cucu nanti.



Pertandingan Liga Remaja Kratif adalah usahasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Filem Negara dengan sokongan Kementerian Pelajaran. Pertandingan ini terbuka kepada seluruh pelajar Sekolah Menengah seluruh Malaysia. Pertandingan ini di buka dari 1 Jun 2010 sehingga 1 Ogos 2010.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.skmm.gov.my atau http://ligaremajakreatif.blogspot.com. Sudah pastinya ada hadiah yang menarik untuk kamu menangi.