TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, July 3, 2010

Kenapa tak maklumkan apa yang berlaku pada adik - Takutkah?

Cuba lihat gambar di bawah dengan teliti. Kamu nampak apa yang ingin saya tunjukkan? Memang tak jelas sebenarnya. Ini gambar dahi adik yang benjol kebiruan selepas pulang dari rumah pengasuhnya.


Mula-mula... saya tak berapa perasan. Saya ingatkan benjol akibat terantuk pada pintu kaca Giant. Adik punya excited nak masuk Giant sampaikan pintu kaca yang tertutup pun disangka terbuka sedia. Saya bising marahkan adik. Tapi.. heran juga bila fikirkan takkan cepat benar dah benjol kebiruan. Adik pun membuka cerita. Katanya... dia terantuk pada kerusi rumah mak (panggilan untuk pengasuh). Alang (anak pengasuh) nak masukkan lipas dalam baju adik. Melarikan diri punya pasal... adik sampai terjatuh dan terantuk pada kerusi.

Mak dah pukul Alang... kata adik. Saya boleh terima yang perkara ini adalah satu kemalangan yang tak disengajakan. Gurauan yang membawa padah. Yang saya terkilan... masa saya ambil adik... takde seorang pun yang keluar memaklumkan kejadian ini kepada saya. Susah sangat ke nak cerita perkara sebenar? Dulu adik pernah luka pada keningnya. Kes lebih kurang macam ni juga. Mahu berjahit tapi alhamdulliah... bila ubuh minyak TYT... luka adik bercantum semula. Doktor pun hairan bila lihat luka adik bercantum dengan cepat.

Nak membesarkan anak... macam-macam kisah dan ragam. Dah besar nanti lain cerita pula. Kalau dah namanya ibu... sampai menutup mata...