Berblogwalking dari satu blog ke satu blog... saya terjumpalah sebuah blog yang bercerita tentang matapelajaran yang tidak disukai. Tajuknya mengundang pelbagai andaian.. isinya pula boleh menimbulkan pelbagai jangkaan. Kalau kita mengulas dari sudut yang ini.. penulis boleh mempertikaikan dari sudut yang itu dan begitulah juga sebaliknya. Samaada penulis benar-benar ikhlas untuk pembaca menangkap maksud yang ingin disampaikan atau ingin memerangkap... hanya penulis yang mengetahui. Namun bukannya entri penulis yang ingin disentuh sebaliknya sebuah komen yang diberikan oleh seorang perempuan yang masih gadis saya rasa.
Bagi saya amatlah kurang adabnya seseorang itu memaki ilmu apalagi mencarut. Kalau kamu tak suka matapelajaran tersebut sekalipun... tak perlulah rasanya sampai nak mencarut. Apalagi mencarut dengan perkataan yang turut ada pada diri kamu seorang perempuan walaupun hakikatnya kamu mengatakan ia kepunyaan ayam. Ilmu itu kan milik Allah. Di mana kepatuhan kamu sebagai hambanya? Makna nama kamu kamu ialah pengawal. Pengawal dalam istilah orang yang menjaga sesuatu yang di amanahkan dan bukannya mengawal sesuatu mengikut undang-undang kamu.
Belajarlah untuk menghormati ilmu sekalipun kita tidak suka tentangnya. Ilmu yang baik kita gunakan untuk panduan hidup. Ilmu yang tidak baik kita jadikan sebagai sempadan untuk kita tidak sama terbabas. Setiap ilmu yang Allah jadikan adalah kelebihannya dan tiada sesuatu pun yang sia-sia. Dan yang paling utama... bila belajar tentang sesuatu ilmu.. jangan lupa ia disertai bersama-sama Al-Quran sebagai panduan supaya kita tidak hanyut menerima logik yang dinyatakan dan akhirnya menyesatkan.
kalau tak suka guru kamu sekalipun.. tetapi hormatilah ilmu yang dipelajarinya..
gambar google