TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, October 28, 2010

Nilai UBAN yang tinggi - Kemain demand lagi bebudak sekarang...

Bila bercerita tentang uban... teringat kenangan masa kecil-kecil dahulu bila abah bagi upah 5 sen untuk sehelai uban yang dicabut. 5 sen pun.. 5 senlah.. janji duit. Yang geram tu... bukan senang nak cabut uban ni. Licin semacam jer. Kena pula rambut orang laki. Pendek-pendek. Berpeluh ler ketiak nak ngumpul  5 sen supaya dapat jadi seringgit.

 sekadar gambar hiasan: google

Yang heran tu... bila cari uban kat kepala mak... tak kisah pula pasal upah. Free of charges! Emak tak pernah suruh tapi diri sendiri yang tergedik-gedik. Kalau bab cari uban... rambut gatal.. atau kutu... itu memang jadi hobi. Saya boleh ngadap berjam-jam tak ingat makan minum.

Lain cerita dengan anak-anak sekarang ni. Nak suruh cari uban kemain punya demand! Kalau setakat upah 5 sen tu.. pasti menjuih bibirnya. Nak tahu berapa harga nilai uban yang ditetapkan?

Ni haaa...

Sehelai - Upahnya ice cream Sundae

Sehelai - Upahnya ayam goreng

Sehelai - Upahnya 6 ketul nugget

Sehelai - Upahnya satu minuman berkarbonat

Mak aihhh... sebab uban punya pasal maka ku kotakan sahaja keinginan anak tercinta ini. 

Jumlah uban yang diperolehi... 4 helai!

soksek2: Bukan dah tua tapi memang keturunan saya jenis cepat beruban.. (ayat penafian)

p/s: Betul ke cabut ubat tak elok untuk kesihatan mata?