Bila bercerita tentang masalah disiplin di sekolah.. bukanlah niat di hati untuk mencanang keburukan pihak yang lain. Apalagi melibatkan pendidikan awal di rumah yang sepatutnya lebih ditekankan. Sebagai guru... kami juga secara automatik dipersalahkan bila keadaan ini berlaku.
Seperti kes-kes disiplin yang berlaku di sekolah saya. Walaupun sebenarnya kes yang ada tidaklah melibatkan peratus yang tinggi tapi sedikit sebanyak memberi pengaruh kepada keadaan sekeliling. Guru dipersoalkan kenapa masalah ini wujud di sekolah?
Di mana pemantauan?
Di mana pengawasan?
Di mana didikan?
Guru bersikap lepas tangan?
Kaliber kami dipersoalkan. Kalau semua guru main peranan yang sepatutnya... pasti masalah disiplin di kalangan murid-murid tidak wujud.
Persoalannya?
Benarkah begitu?
Benarkah kami (cikgu-cikgu) tidak melaksanakan tanggungjawab kami sepenuhnya?
Benarkah masalah disiplin itu wujud di sekolah kerana banyak perkara yang kami terlepas pandang?
soksek: Kadangkala mengangguk... kadangkala mengeleng...