TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, October 19, 2010

Kisah Lintah! - Kisah benar... Ngeriii weyhhh!!!

Kamu kenal lintah?

Pernah berdepan dengan lintah?

Pernah berdepan pengalaman ngeri dengan ia?

gambar: google

Bila membaca entri "Sangat geli" dalam blog Cik Awe membuat saya teringat kenangan lama. Ishhh... lintah... jangan buat main tau! Walaupun orang kata ia sekadar menghisap darah kotor tapi ia takkan tanggal selagi tak dicabutkan. Nak tanggal bukan senang pulak tuuu. Petua orang lama... guna abu. Senang sikit nak singkirkan lintah dari kulit tapi selalunya... ramai orang guna pisau nak cungkil ia. Huhhhh...

Saya pernah lihat pengalaman seseorang yang diserang lintah. Bayanglah... beberapa ekor lintah melekat hampir pada anunyer. Ngeri weyhhh! Ceritanya... orang tu melepaskan hajat di sebatang tali air. Bila dah legaa... dia rasa gatal semacam jer kat situ. Raba punya raba.. sekali lintah daaa. Jenuhlah nak buang. Memang seksa!

Ishhh... kalaulah masuk dalam badan? Mahu beranak pinak macam cerita dalam drama tuuu. Tak mustahil tuuu. Nasib baik orang tu takda apa-apa.

Zaman sekarang... lintah pun mungkin jarang ditemui kecuali ianya dikomersilkan. Maklumlah... sawah dah guna traktor.. dah tak guna kerbau. Kerbau yang selalu bawa lintah tuuu.

Apa-apa pun.. berhati-hatilahhh...