Monday, October 18, 2010

PEREMPUAN GATAL! - Perempuan gatal tu ape?

Semalam saya meluangkan masa bersama anak-anak menonton televisyen. Walaupun sekadar menonton cerita kartun... kadangkala sebagai ibu.. kita perlu ambil tahu tentang cerita yang disiarkan.

Apa lagi jika ia melibatkan channel DISNEY. Kartun yang disiarkan di channel DISNEY adakalanya tidak sesuai ditonton oleh anak-anak. Ada adegan 18SX. Tah apalah yang difikirkan oleh anak-anak bila melibatkan adegan yang berunsur 18SX.

Dan itulah adegan yang telah anak saya tonton semalam. PEREMPUAN GATAL! Walaupun dua ayat.. tapi maknanya.. fuhhhh... tetiba jer terbit idea untuk menguji anak saya yang sedang kusyuk menonton.

"Perempuan gatal tu apa maknanya Along?", pertanyaan saya tidak dijawab sebalik Along hanya diam membisu.

"Perempuan gatal tu... badan dia gatal-gatal macam kena gigit nyamuk", saya tanya... saya jawab... dengan jawapan yang sengaja jer nak menduga Along.

 sekadar gambar hiasan: google

"Bukanlah ibu... perempuan gatal tu.. dia nak peluk-peluk lelaki... nak cium-cium.. nak kahwin dengan lelaki tuuu", balas Along.

Hahhhh! Jawapan yang buat saya terkedu! Tahu pula maknanya perempuan gatal tuuu...

"Mana Along tahu???", saya mulalah gelisah.. maklumlah.. jawapan tu agak merbahaya bagi saya.

"Kawan Along yang kata... dia cakap macam tu bila budak perempuan kat kelas tu suka kejar-kejar dia", balas Along.

Ohhhh... dunia anak-anak! Yang kita sangkakan penuh riang gembira tanpa noda rupanya dari kecil telah didedahkan dengan perkara-perkara yang tercemar. Rakanlah pengaruh terbesar kepada anak-anak kita. Salah memilih kawan.. tak mustahil mereka hanyuttt...

Tanggungjawab kita?

PANTAU MEREKA!