TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, October 19, 2010

Cikgu seksi! - Pheeeewiiittt!!!

Cikgu zaman sekarang makin seksi? 

Benarkah?

dan kerana keseksian cikgu yang terlampaulah inilah di antara punca nafsu gelora orang lelaki semakin tak tertahan...

Apa pandangan anda?

Isu ini timbul bila saya menerima pertanyaan yang bertanyakan kenapa cikgu muda zaman sekarang makin seksi? Berpakaian sekadar menutup urat.. bukan aurat. 

Sukar saya menjawab persoalan ini kerana saya tidak berada dalam situasi cikgi-cikgi zaman sekarang. Kalau mengambilkira didikan sewaktu saya di maktab dulu... keadaannya berbeza sekali. Cikgi-cikgi dididik untuk menutup aurat. Yelah... nak jadi pendidik.. mesti didik diri sendiri dulu. Memang peraturannya agak ketat juga.

Saya juga tak pernah tertembung dengan cikgi-cikgi muda yang terlampau seksi. Sekadar bergaya... berfesyen bak model itu adalah. Lagipun etika pakaian seorang guru ada garis panduannya dan ini memang menyekat untuk cikgi-cikgi berpakaian seksi di sekolah.

Pernahkah anda bertembung dengan cikgi-cikgi yang berpakaian tidak sepatutnya?

Setakat manakah pandangan anda tentang tidak sepatutnya itu?

Dan benarkah... cikgi-cikgi punca kepada menularnya pakaian seksi di kalangan golongan yang lain?