TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, October 20, 2010

Meroyan - Dilema ibu berkerjaya

Emosi ibu yang baru melahirkan anak atau dalam ertikata lain.. dalam pantang... sukar dijangkakan. Walau zahir mungkin kelihatan gembira menerima kehadiran orang baru... namun dalam jiwa bermain dengan seribu perasaan yang kadangkala si empunya badan sendiri sukar untuk mengerti. Agaknya... itu sebabnya orang lama menetapkan ibu bersalin untuk berpantang. Selain memulihkan luka-luka dalaman.. pemulihan emosi juga perlu dilakukan.

Meroyan selalu dikaitkan dengan emosi ibu yang tidak stabil ketika berpantang. Meroyan jangan dipandang ringan kerana ianya sukar dipulihkan jika berlanjutan. Malah... tidak mustahil ianya berulang walaupun si ibu tadi sudah pulih. Natijah meroyan... boleh membahayakan si ibu dan juga anak yang dilahirkannya. Sukar nak dijangkakan tindakan yang bakal dilakukan oleh ibu yang meroyan. Dalam keadaan yang parah.. tidak mustahil anak menjadi mangsa emosi ibu yang tidak stabil.

sekadar gambar hiasan: google

Buat ketua jabatan atau rakan-rakan sekerja juga orang-orang sekeliling... janganlah ganggu ibu-ibu yang sedang berpantang. Dalam dunia sekarang... saya melihat ibu-ibu yang berkerjaya sering diganggu dengan alasan tuntutan tugas. Tanpa memikirkan keadaan ibu yang sedang berpantang ini... pihak pentadbiran kadangkala mendesak si ibu melakukan tugasan yang bagi mereka hanya si ibu sahaja yang layak melakukannya.

Carilah alternatif lain seboleh-bolehnya. Walaupun kadangkala ada ibu yang sanggup memikul tanggungjawab yang diberi tapi cubalah fahami situasi si ibu tadi. Bagi saya... meletakkan tanggungjawab pada si ibu yang sedang berpantang adalah satu langkah mudah untuk melepaskan diri sendiri dari cuba memikul tanggungjawab yang sepatutnya boleh dipikul bersama.

Menulis berdasarkan pengalaman. Bagaimana terganggunya emosi sehingga anak yang masih bayi dipukul kerana bebanan perasaan yang amat sangat. Bukan bertindak kejam tetapi semuanya berlaku tanpa kawalan. Walaupun ada yang mengatakan ianya gangguan jin yang menumpang akibat keadaan diri ibu yang 'kotor' ketika berpantang... saya percaya... adalah tidak mustahil itu adalah ciri-ciri orang yang meroyan. Alhamdulillah... semuanya pulih sebelum terlewat.

Jangan nanti.. hanya kerana lebih mengutamakan tuntutan kerjaya... si ibu meroyan selama-lamanya..