TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, October 20, 2010

Kisah ubat nyamuk - Antara tertelan dan sengaja telan... TRAGIS!

Seorang kanak-kanak berusia setahun dikejarkan ke hospital hari ini kerana tertelan ubat nyamuk! Komplikasinya... kanak-kanak tersebut muntah darah! Apalah yang diketahui oleh seorang kanak-kanak yang baru berusia setahun? Malang tak berbau dan untuk itu... kita sebagai orang dewasa perlu berhati-hati. Benda-benda yang merbahaya haruslah dijauhkan dari kanak-kanak. Tapi... siapalah kita untuk menjangka. Kadangkala dalam berhati-hati pun... ada jer yang terlepas pandang. Gerai makan mak terpaksa ditutup kerana kanak-kanak yang menjadi mangsa adalah anak kepada pembantu kedai makan emak.

gambar: google

Lain pula cerita seorang rakan saya yang sengaja menelan ubat nyamuk gara-gara frust bercinta. Menyesal kerana 'habis madu sepah dibuang'... habis satu lingkaran ubat nyamuk ditelannya. Kebal punya pasal agaknya... tak jadi apa-apapun. Sikit pun takda kesan. Niat nak mencederakan diri tidak kesampaian tapi  dia patut bersyukur. Kalaulah usahanya berkesan... tak pasal-pasal jer namanya MATI BUNUH DIRI. Sebagai orang Islam... tentu kematiannya nanti menjadi sesuatu yang tragis.

Semoga kedua-duanya dilindungi Allah s.w.t.