Ini kenyataan dan realiti kehidupan. Bila berbicara tentang masa... sememangnya kita banyak buang masa. Tak kira masa sendiri... apalagi masa orang lain. Apalagi kalau melibatkan perjalanan sesuatu majlis. Tak kisah apa jua majlis. Mesyuarat ke... majlis formal ke... atau majlis tidak formal juga. Susah sangatkah nak tepati masa yang ditetapkan? Yang sering menjadi mangsa pula... adalah mereka yang menepati masa. Mereka yang tidak patuh pada masa, selalunya buat dek ajer.
sumber gambar: imad4all.blogspot.com
Dalam pengurusan mesyuarat contohnya. Selagi semua ahli tak berkumpul... mesyuarat tidak akan dimulakan. Yang mematuhi masa ni punya le menunggu dengan rasa sakit hati. Yang ketua pengurusan pula bagi arahan...
'Lambat mula... lambatlah selesai mesyuarat'.
Tujuannya memang baik. Supaya semua ahli patuhi masa. Ada unsur ugutan di situ. Namun setakat mana keberkesanannya dan wajarkah yang kena hukum untuk balik lewat sama adalah mereka yang mematuhi masa? Akibatnya... ramai individu yang mula belajar tidak menepati masa.
'Aku datang awal pun buat apa? Tercangak kat situ... mesyuarat tak mula lagi... pastu makan masa berjela-jela akibat masa yang telah terbuang pada awalnya'.
Sepatutnya... mulalah mesyuarat ikut masa yang ditetapkan... yang lewat... sila beri tunjuk sebab.
Belum lagi melibatkan perjalanan sesuatu majlis. Mesyuarat PIBG contohnya. Ada ibubapa yang datang awal sebab nak mengejar masa. Masa untuk anak cuba diluang tapi kerjaya perlu teruskan juga. Nak kena layan perangai ibubapa yang lenggang kanggung pula. Tunggu punya tunggu... majlis tak mula-mula. Begitu juga majlis yang melibatkan para pelajar. Apalagi melibatkan murid-murid sekolah rendah. Bila dah maklumkan majlis akan bermula pada waktu sekian-sekian... mereka bukan tahu menunggu. Lambat mula... disiplin jadi huru-hara. Bila dah kalut... cikgu juga yang salah sebab tak jaga disiplin dengan baik. Yang puncanya.... tetap berlalu begitu sahaja.
Yang berucap satu hal. Kadangkala... tidak tahu menyesuaikan diri dengan keadaan. Kalau depan murid-murid... tak perlulah berucap panjang berjela. Tahap penumpuan anak-anak bukan lama. Makin lama... mereka makin gelisah dan makin tak faham. Jangan salahkan murid jika mereka tidak beri perhatian. Orang dewasa yang menunjukkan contoh yang tidak baik. Anak-anak belajar melalui pemerhatian.
Saya cukup kagum dengan beberapa pihak yang berani menetapkan waktu bermula dan berakhirnya majlis dan mengurusnya dengan terancang. Hari Terbuka contohnya... ada beberapa sekolah yang menetapkan waktu perjumpaan bermula dari waktu sekian dan berakhir dalam waktu sekian. Yang terawal atau terlambat tidak akan dilayan. Itulah cara yang sebaik-baiknya. Apalagi dalam mendidik diri menjadi individu yang berdisiplin. Kadangkala... bila kita meninggalkan majlis, kita dikata kurang ajar sedangkan kita telah ikut waktu yang ditetapkan. Kurang ajar orang lain je nampak... kelemahan diri sendiri tak nampak juga. Bila menegakkan kebenaran... jawapan diterima..
'Kenapa orang lain boleh tetapi kamu tidak?'.
Buat apa duduk tetapi hati terus mengutuk dengan seribu perasaan geram?
Angkat kaki... biar apa orang nak kata... asal diri tak turut mencaci...